Dunia

Petugas kesihatan alami alahan teruk selepas disuntik vaksin Pfizer

Kes pertama daripada lebih 30,000 orang terima suntikan di New York

MOSCOW, 9 Jamadilawal 1442H, Khamis – Seorang pekerja kesihatan di New York mengalami tindak balas alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19 Pfizer, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut majalah Newsweek, memetik pegawai, kes ini yang pertama daripada lebih 30,000 orang yang menerima suntikan vaksin di bandar ini.

Menurut majalah itu petugas tersebut telah dirawat dan berada dalam keadaan stabil. Tiada maklumat lanjut terkini mengenainya.

“Vaksin mempunyai kesan sampingan dan reaksi alahan, walaupun jarang terjadi, ia biasa berlaku. Kami juga tahu bahawa berdasarkan ujian klinikal dan laporan kesan buruk di bidang kuasa lain, reaksi seperti ini jarang terjadi tetapi telah dilaporkan berlaku dengan vaksin Pfizer, ” kata Jabatan Kesihatan dan Kesejahteraan Mental NYC dalam satu kenyataan pada Rabu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button