Berita Utama

Tangkap dan dakwa! Jangan notis pengosongan sahaja

Siasat juga mereka yang bagi kebenaran, jangan biar terlepas

BANGI, 9 Jamadilawal 1442H, Khamis – Kerajaan negeri Pahang mesti mengambil tindakan lanjut terhadap ratusan pekebun haram yang menceroboh 4,400 tanah di negeri itu.

Walaupun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam menolak permohonan semakan kehakiman 204 pekebun haram durian Musang King, rata-rata netizen tetap mahu penceroboh dihukum.

Seorang pengguna laman Facebook Abdullah Musa berkata, pekebun berkenaan yang dianggap penceroboh mesti dikenakan hukuman sebagai satu pengajaran.

Berpendapat sama, pengguna Pilah Mai berkata, semua pekebun haram tanah terbabit itu perlu ditangkap dan dikenakan hukuman penjara.

“Bila nak humban (pekebun) masuk penjara?,” soal Ahmed Pasa.

Selain itu, pengguna Takuya Kim turut mempersoalkan bila pekebun berkenaan perlu didakwa.

“Tiada locus standi dan terang-terangan menceroboh tanah. Bila pula mahu dakwa penceroboh? Sudah terang lagi bersuluh,” katanya.

Soal Luqman Alexander: “Bila kerajaan nak heret puak penceroboh haram ini ke mahkamah?”

“Tangkap dan dakwalah, takkan notis pengosongan sahaja, “ tulis Mohd Fazli.

Semalam, mahkamah memberikan dua alasan dalam menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah, bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

Selain itu, mahkamah juga mendapati pekebun ialah penceroboh di tanah berkenaan, justeru Sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.

Sementara itu, terdapat beberapa netizen yang mendesak supaya pihak yang memberi kebenaran kepada pekebun terbabit terus beroperasi turut disiasat dan dikenakan hukuman.

Hafizullah bin Mat Yunos berkata: “Tangkap yang bagi kebenaran,”

“Tak payah layan, siasat sesiapa yang tidak buat kerja,” tulis Pejalz Ismail.

“Pergi cari pegawai PBT (pihak berkuasa tempatan) dan PTG yang bagi kebenaran, pergi tuntut dekat dia,” kata Mohamad Hafiz.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button