Berita UtamaDunia

Tiada varian baharu COVID-19 di Arab Saudi

Sekatan perjalanan elak wabak terus menular dalam negara

RIYADH, 9 Jamadilawal 1442H, Khamis – Arab Saudi masih belum mengesan varian baharu COVID-19, dan mengesahkan jangkitan wabak masih terkawal di negara itu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, langkah proaktif dan pencegahan akan menyumbang kepada keselamatan masyarakat, selain mendapat lebih banyak manfaat untuk mencegah penularan pandemik.

Katanya, langkah sekatan perjalanan dilakukan bagi mengurangkan jangkitan orang ramai daripada varian wabak itu memasuki negara.

Mengulas mengenai kemungkinan negara itu akan mengenakan lebih banyak pencegahan serta melaksanakan semula perintah berkurung susulan varian COVID-19, kementerian menegaskan bahawa semua tindakan yang diambil adalah proaktif untuk memungkinkan ruang penilaian.

Pada masa sama, kementerian sedang berusaha meninjau dan menganlisis kajian serta menilai prosedur akhir yang sesuai dengan keadaan.

Sementara itu, Kedutaan Arab Saudi di London menggesa warga Saudi yang kini berada di Britain mengikuti langkah pencegahan dikeluarkan kerajaan Britain serta mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button