Berita Utama

Boleh ucap perayaan pada produk tapi bukan untuk dipamer

Tiada peruntukan sentuh sambutan perayaan dalam manual prosuder sijil halal

BANGI, 10 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Ucapan perayaan dibenarkan pada produk, sekiranya ia dibuat bukan dengan tujuan untuk dipamerkan dalam premis yang dipersijilkan halal atau pada produk yang ditandakan dengan logo halal.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh menjelaskan, tiada peruntukan yang menyentuh mengenai sambutan apa-apa perayaan termasuklah perayaan Islam di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

“Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) hanya terpakai bagi pemohon dan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan sebuah portal bahawa sebuah kedai kek menolak permintaan seorang pelanggan, untuk menulis ucapan ‘Merry Christmas’ di atas sebiji kek yang dipesan untuk dihantar kepada rakannya.

Menurut laporan itu, pihak pengurusan kedai kek berkenaan menjelaskan tindakan itu dilakukan kerana dalam proses untuk mendapatkan sijil halal daripada Jakim.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button