Berita Utama

Kartel daging haram: Dedah jenama supaya umat Islam tak salah beli

Berhenti beli produk jenama diragui, mula sokong gerakan BMF

BANGI, 10 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Pihak berkuasa diminta mendedahkan jenama produk daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya yang dijual di pasaran tempatan.

Saranan itu disuarakan Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari bagi memastikan sensitiviti umat Islam dapat dijaga.

“Kita semua mahu pihak berkuasa untuk dedahkan segera, jenama produk daging yang didapati status halalnya diragui.

“Kita gesa, pihak berkuasa telus dan dedahkan segera jenama daging tersebut sebelum lebih ramai umat Islam tersalah beli,” katanya menerusi catatan ringkas di Facebook hari ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Pengerusi Amal Sejagat Malaysia menggesa umat Islam berhenti membeli daging sejuk beku yang jenamanya diragui.

“Bukan daging lembu tetapi takut-takut daging kangaroo,” katanya sambil menyarankan golongan muslim mengutamakan produk keluaran muslim.

Pada 1 Disember lalu, media melaporkan sebuah gudang syarikat daging sejuk beku di Taman Perindustrian Senai, Johor Bahru, Johor diserbu pihak berkuasa hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeludup daging sejuk beku.

Kartel berkenaan dipercayai menjadikan sebuah gudang di Senai sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button