Dunia

UAE paksa Tunisia normalisasi hubungan dengan Israel

Pemimpin Algeria beri amaran, gesa pihak berkuasa berwaspada

TUNIS, 28 Muharram 1445H, Selasa – Ketua Pergerakan Pembinaan Kebangsaan Algeria, Abdelkader Bengrina memberi amaran bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengheret Tunisia untuk menormalkan hubungan dengan negara haram Israel.

Abdelkader berkata, UAE sentiasa berada di belakang dan menyemai perselisihan serta perpecahan di rantau ini termasuk antara Qatar dan Arab Saudi, selain memburukkan lagi krisis di Yemen.

Beliau merayu kepada pihak berkuasa Algeria untuk terus berwaspada selepas lawatan UAE baru-baru ini ke Tunisia, untuk meminta normalisasi itu.

Minggu lalu, Menteri UAE, Sheikh Shakhbout Bin Nahyan Al Nahyan melawat Tunisia dan bertemu dengan Presiden Kais Saied.

Beberapa minggu lalu, akhbar Algeria El-Khabar memetik sumber yang dipercayai sebagai mendakwa, UAE memberi tekanan ke atas Mauritania untuk mengiktiraf Israel dan menormalkan hubungan dengan negara haram itu.

Menurut akhbar itu, menteri pertahanan Mauritania baru-baru ini melawat Israel melalui Dubai, sebagai sebahagian daripada perjalanan yang diawasi oleh pihak berkuasa UAE.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button