Berita Utama

Selepas Pahang, PEMBELA gegar isu ceroboh tanah di seluruh Malaysia

'Agar kita tidak buta, pekak dan bisu apabila tanah diceroboh'

BANGI, 10 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Selepas kejayaan menyuarakan isu pencerobohan tanah di Pahang baru-baru ini, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) kini semakin lantang apabila bakal melakukan perkara sama di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, PEMBELA berkata, perkara itu adalah satu permulaan kepada kebangkitan rakyat, khususnya golongan peribumi bagi menuntut semula hak mereka yang diambil dan diceroboh.

“Bukan di Raub sahaja, bukan di Pahang sahaja. Kita akan gegar negeri lain agar kita tidak buta, pekak dan bisu apabila tanah diceroboh,” katanya.

Sebelum ini PEMBELA giat mengajak orang Melayu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengambil berat selain hadir memberikan sokongan menantikan keputusan mahkamah berkaitan isu pencerobohan tanah di Pahang.

Usaha pertubuhan itu membuahkan hasil apabila Mahkamah Tinggi Kuantan pada pada 23 Disember lalu menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button