Berita UtamaDunia

Keputusan COVID-19 negatif baru boleh masuk Turki

Penumpang tak dibenar naik pesawat jika gagal kemuka bukti

ANKARA, 11 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Mulai Isnin depan, semua penumpang pesawat yang masuk ke Turki perlu memberikan bukti ujian negatif coronavirus yang dilakukan dalam tempoh 72 jam dari waktu ketibaan mereka.

Menteri Kesihatan Turki semalam berkata, penumpang yang gagal memberikan keputusan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) tidak akan dibenarkan menaiki pesawat ke Turki.

“Penumpang yang terbang dari Britain, Afrika Selatan dan Denmark akan dikenakan kuarantin semasa ketibaan, sebagai tambahan keputusan ujian negatif pada waktu berlepas,” katanya.

Peraturan itu turut berkuat kuasa ke atas penumpang antarabangsa lain yang tiba di Turki melalui jalan darat dan laut pada 30 Disember ini, kata menteri itu.

Mereka yang tidak menjalani ujian, akan kuarantin di tempat mereka tinggal di negara ini.

“Langkah-langkah baharu ini diperlukan untuk ketibaan dari luar negara kerana peningkatan jumlah kes di seluruh dunia dan percepatan pandemik,” katanya yang turut memaklumkan peraturan baharu itu akan berkuasa hingga 1 Mac tahun depan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button