Berita UtamaDuniaIstimewa

Kes pertama strain COVID-19 di Lubnan

Mangsa pulang dari London pada 21 Disember lalu

BEIRUT, 11 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Menteri Kesihatan sementara, Hamad Hassan mengumumkan kes pertama strain COVID-19 di Lubnan.

Hamad berkata, mangsa berkenaan pulang dari London ke Beirut pada 21 Disember lalu.

Serentak itu, penumpang yang menaiki penerbangan sama dengan mangsa disarankan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.

Hamad berkata, kementeriannya akan terus mengikuti kes itu serta kontak rapat mangsa.

Beliau berkata, mangsa berkenaan adalah warganegara Lubnan yang tinggal di Tripoli.

Tambahnya, mangsa kini berada di rumah bersama ibunya dan dalam keadaan stabil.

Perkembangan ini sekali gus menimbulkan kekhuatiran penduduk Lubnan, manakala Ahli Parlimen Georges Adwan menggesa penerbangan dari Britain segera dihentikan sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, Hamad berkata, gesaan itu bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

Pada Khamis, Lubnan mencatatkan 2,708 kes baharu COVID-19, dengan 20 kematian baharu.

Penambahan kes itu menjadikan 165,933 jangkitan COVID-19 di negara itu setakat ini. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button