Berita UtamaDunia

Tak lengkap PPE, 20 doktor Nigeria maut akibat COVID-19

812 pekerja kesihatan disahkan positif wabak setakat Jun

ABUJA, 11 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Kira-kira 20 doktor Nigeria maut sepanjangq minggu lalu akibat dijangkiti wabak COVID-19.

Portal Premium Times yang memetik Pengerusi Persatuan Perubatan Nigeria (NMA), Enema Amodu berkata, sektor kesihatan negara kehilangan tidak kurang dari 20 doktor dalam seminggu terakhir.

Agensi Anadolu melaporkan bahawa kebanyakan doktor tidak memiliki kelengkapan perlindungan diri (PPE) mencukupi sebelum merawat pesakit.

Pada masa sama, lebih daripada 1,000 pekerja kesihatan disahkan positif COVID-19.

Sehingga 2 Jun, 812 pekerja kesihatan di Nigeria disahkan positif COVID-19, menurut Menteri Kesihatan Osagie Ehanire.

Setakat Julai lalu, lebih daripada 10,000 pekerja kesihatan di 40 negara Afrika dijangkiti wabak berkenaan, lapor Premium Times yang memetic Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC) merekodkan 1,242 kematian, 81,963 jangkitan dan 69,651 individu pulih di 36 negeri sejak virus itu pertama kali dikesan pada Mac lalu.

Lonjakan jangkitan kini direkodkan di negara Afrika paling ramai penduduk itu susulan Nigeria dilanda gelombang kedua COVID-19.

Sementara itu, NCDC merekodkan enam kematian serta 1,041 kes baharu COVID-19 pada Khamis lalu.

COVID-19 mula dilaporkan di Wuhan, China, Disember tahun lalu sebelum merebak ke seluruh dunia.

Lebih 79.7 juta penduduk dunia dijangkiti wabak itu dengan 1.74 kematian dilaporkan menurut Universiti Johns Hopkins. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button