Berita UtamaDunia

Varian baharu COVID-19 dari UK dikesan di Jepun, Perancis

Russia kenakan kuarantin lebih ketat kepada pelancong dari Britain

TOKYO, 11 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Lima kes varian baharu COVID-19 yang cepat menular di United Kingdom (UK) telah ditemui di Jepun dan satu kes telah disahkan di Perancis.

Media tempatan melaporkan, lima orang yang dijangkiti varian baharu itu tiba dari UK dan sedang menjalani kuarantin.

Sehingga kini pegawai kesihatan rancak mengesan kontak rapat dan kemungkinan jangkitan.

Negara matahari terbit itu telah menghindari jumlah jangkitan besar yang dilihat di negara-negara dari Amerika Syarikat (AS) hingga ke Eropah, bagaimanapun kes meningkat dengan mendadak dan jumlah harian melepasi 3,000 untuk pertama kalinya bulan ini.

Sementara itu, Perancis pula menyetujui perjanjian untuk mengurangkan larangan perjalanan individu yang datang dari UK.

Kes pertama varian coronavirus yang cepat menular di Perancis merupakan seorang warganegara lelaki yang tiba dari London pada 19 Disember lalu.

Kementerian kesihatan Perancis berkata, individu berkenaan tidak simptomatik dan kini mengasingkan diri.

Pesakit diuji di hospital pada 21 Disember dan didapati dijangkiti strain virus yang dikenali sebagai VOC 202012/01.

“Pihak berkuasa kesihatan telah mengesan kontak untuk profesional kesihatan merawat pesakit.

“Sebarang kenalan mereka yang dilihat mudah terdedah juga akan diasingkan,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Russia pula menjadi negara terbaru yang mengenakan kuarantin lebih ketat kepada pelancong dari Britain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button