Dunia

COVID-19: Rakyat Malaysia antara 10 kes import di Singapura

Lelaki berusia 64 tahun punya sejarah perjalanan ke Indonesia

SINGAPURA, 12 Jamadilawal 1442H, Ahad – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada 10 kes COVID-19 yang diimport di republik itu yang diumumkan semalam (Sabtu) adalah lelaki rakyat Malaysia berusia 64 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Dilabelkan sebagai kes 58757, warga emas yang merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek itu telah diasingkan sejurus tiba di Singapura, demikian menurut data penuh kementerian berkenaan yang dikeluarkan, malam tadi.

“Kes 58757 adalah penjaga kepada individu yang sudah menerima rawatan perubatan di Singapura dan telah kembali untuk rawatan lanjut,” menurut kementerian itu.

Lelaki itu dan sembilan kes lain yang diimport semuanya tidak bergejala yang dikesan daripada pemeriksaan dan pengawasan yang proaktif, menurutnya.

Setakat tengah hari Sabtu, republik itu melaporkan sejumlah 10 kes baharu, dengan tiada kes dalam komuniti atau penghuni asrama dengan jumlah jangkitan sebanyak 58,519.

MOH telah mengklasifikasikan 1,737 kes yang dilaporkan sebagai kes diimport, 2,276 kes komuniti dan 54,506 melibatkan penghuni asrama. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button