Berita UtamaDunia

COVID-19 tak akan jadi krisis terakhir

WHO gesa ambil pendekatan menyeluruh hadapi pandemik

GENEVA, 12 Jamadilawal 1442H, Ahad – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengingatkan pandemik COVID-19 yang menjejaskan dunia tidak akan menjadi krisis terakhir yang melanda.

Sempena 27 Disember yang diisytiharkan sebagai Hari Kesiapsiagaan Wabak Antarabangsa, beliau juga menekankan mengenai pentingnya mengambil iktibar daripada pandemik yang sedang melanda.

Bahkan, Tedros mengecam apa yang disifatkannya sebagai lingkaran berbahaya disebabkan tindakan gagal berfikir panjang.

Kecaman itu merujuk kepada perbuatan seperti sekadar membelanjakan wang apabila berlakunya sesuatu pandemik tanpa membuat persiapan mencukupi bagi cabaran lain yang menanti.

Pada masa sama, beliau menggesa supaya pendekatan menyeluruh diambil dan bukan hanya bergantung kepada sektor penjagaan kesihatan demi persediaan utuh dalam menghadapi sebarang pandemik. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button