Berita UtamaDunia

Jepun larang kemasukan warga asing mulai esok

Cegah penularan varian baharu COVID-19 yang cepat merebak

TOKYO, 12 Jamadilawal 1442H, Ahad – Bimbang penularan varian COVID-19 yang cepat menular di Britain, Jepun terus menguatkuasakan larangan warganegara asing masuk ke negara itu.

Larangan berkuat kuasa mulai esok sehingga sepanjang Januari selepas beberapa kes varian baharu COVID-19 dilaporkan.

Warganegara Jepun dan penduduk asing masih dibenarkan pulang ke negara itu, tetapi mereka dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari tanpa pengecualian.

Langkah itu dilakukan selepas kerajaan metropolitan Tokyo semalam mengesahkan dua kes varian baharu COVID-19 membabitkan orang yang baru pulang dari United Kingdom (UK).

Jumaat lalu, lima pelancong lain dari Britain dikesan dengan varian virus itu di lapangan terbang antarabangsa Jepun.

Varian baharu itu dikatakan berasal dari UK serta mudah menjangkiti dan hingga kini, lebih 40 negara mengehadkan perjalanan dari UK dan dalam beberapa kes, perjalanan dari negara lain yang merekodkan kes varian baharu itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button