Berita UtamaDunia

PA minta UNSC desak Israel henti serang Palestin

Serangan menjadi-jadi, Israel teruskan keganasan selain rampas tanah

BAITULMAQDIS, 12 Jamadilawal 1442H, Ahad- Pihak berkuasa Palestin (PA) meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Palestin.

Desakan berkenaan perlu dilakukan melalui Resolusi 2334.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat PA menegaskan, keganasan penduduk haram Israel semakin menjadi-jadi sejak minggu lalu.

“Mereka bukan hanya melakukan keganasan ke atas masyarakat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, malah lebih banyak rampasan tanah Palestin dibuat untuk penempatan dan pos penjajah Israel.

“Serangan penduduk Israel terhadap penduduk Palestin serta harta benda dan barangan peribadi mereka disasarkan di kawasan selatan, timur dan barat Kota Nablus, di utara Tebing Barat,” katanya.

Kementerian itu turut mengesahkan organisasi penduduk haram Israel menyasarkan Tebing Barat bagi membina penempatan haram lebih luas, selain menghalang kemungkinan untuk mewujudkan negara Palestin yang berdaya saing dan geografis.

“Serangan mereka juga bertujuan menjadikan semua wilayah sebagai Kawasan C secara berperingkat dan efektif, yang sekali gus menjadikannya sebagai kawasan Israel,” tambahnya.

Pada masa sama, kementerian itu turut menyalahkan pemimpin Israel dan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, selain  mengganggap mereka bertanggungjawab atas lonjakan keganasan penduduk haram Israel.

Perkara itu akan menghalang peluang mencapai perdamaian berdasarkan penyelesain dua negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button