Sekat kebebasan bersuara, Israel penjara 26 wartawan Palestin
Usaha untuk sekat laporan daripada didedahkan kepada dunia
TEL AVIV, 12 Jamadilawal 1442H, Ahad – Jawatankuasa Sokongan Wartawan (JSC) mengesahkan bahawa terdapat 26 wartawan Palestin ditahan di penjara Israel, lapor Agensi Anadolu.
JSC adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang melaporkan pelanggaran ke atas wartawan Palestin.
Badan berkenaan turut melaporkan bahawa seorang wartawan Palestin, Laith Jaara turut ditangkap rejim pengganas Israel di rumahnya di Tulkarm.
Menurut JSC, Jaara adalah wartawan Palestin terakhir ditangkap dan penahanannya menjadikan jumlah wartawan dari negara itu yang berada di penjara Israel adalah seramai 25 orang.
Pada masa sama, JSV turut mengecam kempen penahanan berterusan dilakukan lsrael terhadap wartawan Palestin.
Ketua JSC, Saleh Al-Masri berkata, Israel sengaja menahan wartawan Palestin dalam usaha menyekat kenyataan yang mereka dedahkan kepada dunia.
“Penahanan wartawan Palestin itu melanggar semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa yang menjamin perlindungan bagi kebebasan bersuara, “ katanya.
Justeru, beliau turut meminta badan-badan kewartawanan antarabangsa mendesak Israel menghentikan penindasan sistematiknya ke atas wartawan Palestin.
Sehingga Disember, sumber rasmi Palestin mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 4,400 tahanan Palestin di dalam penjara Palestin termasuk 700 pesakit. – Agensi