Dunia

Arab Saudi lanjut larangan penerbangan antarabangsa

Ia juga tertakluk kepada kemasukan melalui darat, pelabuhan

RIYADH, 13 Jamadilawal 1442H, Isnin – Arab Saudi pada Isnin mengumumkan tempoh penangguhan penerbangan komersial antarabangsa dilanjutkan seminggu lagi.

Kementerian Dalam Negeri juga mengumumkan lanjutan larangan keluar dan masuk ke negara itu menerusi laluan darat dan laut bagi tempoh sama, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Agensi Berita Arab Saudi.

Arab Saudi pada 20 Disember memutuskan untuk menangguhkan sementara penerbangan antarabangsa untuk pelancong, kecuali bagi kes-kes tertentu selama seminggu dan dilanjutkan seminggu lagi.

Ia juga tertakluk kepada kemasukan melalui darat dan pelabuhan.

Keputusan itu sebahagian langkah pencegahan COVID-19 selepas penyebaran varian baharu virus itu di beberapa negara.

Bagaimapun, keputusan itu tidak termasuk pergerakan barang, komoditi, dan rantaian bekalan.

Individu bukan warganegara dibenarkan meninggalkan Arab Saudi melalui penerbangan, dengan mematuhi langkah pencegahan yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button