India tarik balik larangan eksport bawang
Harganya turun menjunam dalam beberapa minggu terakhir

MUMBAI, 14 Jamadilawal 1442H, Selasa – India memutuskan untuk menarik balik larangan eksport bawang bermula 1 Januari, kerana harganya telah turun menjunam dalam beberapa minggu terakhir.
Eksport semua jenis bawang akan kembali dibenarkan, kata Kementerian Perdagangan dan Industri dalam satu kenyataan.
Pada September lalu, India melarang eksport bawang untuk mengekalkan bekalan domestik setelah banjir di beberapa negeri memburukkan lagi keadaan, yang menyebabkan kenaikan harga tempatan.
India adalah pengeksport bawang terbesar di dunia, makanan utama di Asia Selatan.
Negara-negara seperti Bangladesh, Nepal, Malaysia dan Sri Lanka juga bergantung pada penghantaran India.
Harga borong bawang telah meningkat lebih daripada separuh dalam empat minggu terakhir, menurut data yang disusun oleh National Horticultural Research and Development Foundation, sebuah agensi kerajaan.
Berikutan itu, sebanyak 121 syarikat pengimport mula meningkatkan jumlah pengimportan bekalan bawang dari negara seperti Pakistan, China, Belanda dan Thailand.