Berita UtamaDunia

Perang: 50 peratus kanak-kanak pesakit leukemia di Yaman mati

Kurang ubat, rawatan diperlukan untuk bertahan supaya terus hidup

SANA’A, 14 Jamadilawal 1442H, Selasa – Semakin ramai orang awam di Yaman mati setiap hari di tengah-tengah lanjutan pengepungan Arab Saudi ke atasnya.

Di Pusat Rawatan Leukemia Pediatrik, 50 peratus pesakit iaitu kanak-kanak mati kerana kekurangan ubat dan rawatan yang diperlukan untuk bertahan supaya terus hidup.

Ratusan kanak-kanak datang dari seluruh Yaman kerana ia adalah satu-satunya pusat perubatan untuk pesakit tersebut, dengan harapan mereka akan mendapat rawatan yang diperlukan.  

Namun, perang yang sedang berlangsung dan sekatan yang melumpuhkan telah membuat pusat tersebut menderita kekurangan ubat-ubatan, bekalan perubatan serta alat radiasi.

PressTV melaporkan, sektor kesihatan di Yaman sangat memerlukan sokongan daripada organisasi antarabangsa dan bantuan yang sepatutnya memainkan peranan mereka dalam meringankan penderitaan rakyat yang bermula pada bulan Mac 2015 akibat perang Arab Saudi.

Ratusan kanak-kanak kehilangan nyawa kerana kekurangan ubat-ubatan dan bekalan perubatan lain, serta ketidakmampuan mereka untuk melakukan rawatan kerana kosnya yang tinggi selain penutupan berterusan lapangan terbang Sana’a. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button