Berita UtamaDunia

Sukar terima kenyataan, Netanyahu enggan keluar kediaman perdana menteri

Bukan sahaja tak mahu keluar, tetapi masih juga terima tetamu

BAITULMAQDIS, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis – Bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang baru-baru ini disingkirkan selepas 12 tahun memimpin, dilaporkan enggan meninggalkan kediaman perdana menteri di Baitulmaqdis yang diduduki.

Media Israel melaporkan, dia bukan sahaja enggan menyerahkan tempat itu kepada Perdana Menteri baharu, Naftali Bennett, tetapi dia juga menggunakannya untuk bertemu dengan pegawai Israel dan asing.

Semalam, dia bertemu dengan bekas duta besar, Amerika Syarikat untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, di kediaman itu.

Undang-undang rejim Israel tidak memerintahkan perdana menteri untuk menyerahkan tempat itu kepada penggantinya sekiranya meninggalkan pejabat, tetapi bekas perdana menteri biasanya akan melepaskan tempat itu kadar segera setelah berakhir tugas mereka.

Tempat itu dahulunya menjadi tumpuan protes ribuan penduduk haram Israel setiap minggu, sehingga kadang-kadang memaksa Netanyahu meninggalkan pejabat.  

Para penunjuk perasaan sering mengadakan protes berikutan dakwaannya dalam banyak kes rasuah, dasar ekonomi, dan kesalahan Netanyahu terhadap krisis COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button