Berita UtamaDunia

UAE pusat perdagangan emas secara kotor?

Emas diperoleh dari negara-negara berdepan konflik

DUBAI, 14 Jamadilawal 1442H, Selasa – Satu laporan baru mengatakan bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi pusat perdagangan emas kotor, dengan pengawasan peraturan yang lemah hingga membolehkan penyeludupan logam berharga itu dari zon konflik ke negara Teluk Parsi.

Portal berita Middle East Eye (MEE) melaporkan bahawa UAE, khususnya Dubai, telah menjadikan dirinya sebagai salah satu pasar emas terbesar dan paling cepat berkembang sementara ia tidak mempunyai emas tempatan untuk digali.

Import emas UAE meningkat 58 peratus setahun kepada lebih daripada AS$27 bilion (RM109 bilion) pada tahun 2018, menurut data yang disusun oleh Observatory for Economic Complexity.

Emas juga merupakan eksport terbesar UAE selepas minyak, mencecah AS$17.7 bilion (RM71.6 bilion) pada tahun 2019. Ia telah menjadi barang perdagangan luaran bernilai tertinggi Dubai.

The Sentry – pasukan penyiasat mendapati bulan lalu bahawa 95 peratus emas secara rasmi dieksport dari Afrika Tengah dan Timur, sebahagian besarnya ditambang di Sudan, Sudan Selatan, dan Republik Afrika Tengah dan Republik Demokratik Kongo, berakhir di Dubai.

“Sebilangan besar emas dari negara konflik diseludup ke negara jiran dan kemudian dieksport ke Dubai,” kata Sasha Lezhnev, wakil pengarah dasar di The Sentry.

Ketua penyelidikan dan analisis, untuk pakar strategi I.R.Consilium, David Soud berkata: “Emas juga keluar dari Amerika Selatan, dan pusatnya meningkat Dubai. Setelah emas masuk ke Dubai, hampir mustahil untuk memastikan dari mana asalnya dan dalam keadaan apa.”

Awal bulan ini, Pejabat Dalam Negeri dan Perbendaharaan UK dalam laporan menyebut UAE sebagai bidang kuasa yang terdedah kepada pencucian wang oleh rangkaian jenayah kerana kemudahan emas dan wang tunai dipindahkan ke seluruh negara.

Selain Dubai, Switzerland dipercayai turut bermain dengan perdagangan emas secara kotor itu, dan bahkan darah, di ‘tangannya’.

“Bukan hanya Dubai, tapi juga Switzerland. Switzerland mendapat sejumlah besar emas dari Dubai,” kata Pengarah dasar, di Global Financial Integrity (GFI) di Washington, Lakshmi Kumar.

“Switzerland mengatakan bahawa mereka tidak mendapat emas dari negara-negara tertentu (yang berkait dengan emas dari negara konflik), tetapi sebaliknya dari Dubai.

“Namun emas di Dubai berasal dari negara-negara (konflik)ini. Dubai adalah masalah, tetapi tangan Swiss sama-sama kotor kerana mereka tidak dapat ‘memotong’ Dubai daripada pasaran.” – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button