Berita Utama

8 lagi kluster baharu dikesan

Keseluruhan kluster sebanyak 506, kluster aktif yang dipantau 223

KUALA LUMPUR, 15 Jamadilawal 1442H, Rabu – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu COVID-19 hari ini iaitu tiga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Selangor, Johor, Pahang, Kedah serta Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster di seluruh Malaysia kini sebanyak 506 manakala kluster aktif yang dipantau ialah 223.

Beliau berkata, di Kuala Lumpur, kluster pertama yang dikesan ialah Kluster Tapak Bina Jalan Stesen melibatkan penularan di tempat kerja di daerah Lembah Pantai.

“Kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-94,863) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Dis melalui saringan individu bergejala dan sehingga hari ini, sejumlah 607 individu disaring dengan 54 dikesan positif,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Kluster Slot Berjaya, yang melibatkan penularan di tempat kerja dan dalam daerah sama, dikesan hasil saringan bersasar di tempat kerja hari ini dan sehingga kini, seramai 44 individu disaring dengan sembilan kes positif dilaporkan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button