Berita UtamaDunia

COVID-19: Indonesia catat 8,002 kes baharu dalam tempoh 24 jam

603,741 pesakit dilapor sembuh, 67,615 lagi dalam pemantauan

JAKARTA,  15 Jamadilawal 1442H, Rabu  – Indonesia mencatatkan 8,002 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 735,124 kes.

Rekod tertinggi kes baharu setakat ini ialah pada 3 Disember lepas, dengan catatan 8,369 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, 603,741 pesakit dinyatakan telah sembuh, manakala 67,615 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 241 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 21,944 orang.

Provinsi Jakarta menjadi wilayah tertinggi untuk kes positif keseluruhan iaitu 181,713 dengan 2,053 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan kes keseluruhan kematian tertinggi iaitu 5,762 orang. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button