Dunia

Gempa berkekuatan 5.1 landa wilayah Ibraki, Jepun

Gempa susulan mencapai skala empat dengan skala tertinggi tujuh

TOKYO, 15 Jamadilawal 1442H, Rabu – Gempa berkekuatan 5.1 melanda wilayah Ibaraki Jepun dekat Tokyo, lapor agensi berita Sputnik, memetik agensi meteorologi negara itu.

Pusat gempa terletak di utara Ibaraki pada kedalaman 60 kilometer. Gempa susulan mencapai skala empat dengan skala tertinggi tujuh.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan. Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan dan korban jiwa.

Gempa tidak menjejaskan operasi loji kuasa nuklear Tokai-2, Fukushima-1 dan Fukushima-2 , lapor NHK. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button