Dunia

Hampir 2 tahun digantung, Boeing 737 MAX kembali operasi

Pesawat Boeing terlaris hilang 857 pesanan untuk MAX

WASHINGTON, 15 Jamadilawal 1442H, Rabu – Pesawat Boeing 737 MAX kembali beroperasi di awan pada Selasa setelah hampir dua tahun digantung oleh seluruh dunia susulan dua nahas yang meragut nyawa 346 penumpang.

American Airlines 718, penerbangan pertama 737 MAX sejak Mac 2019 telah memulakan penerbangan dari New York ke Miami, Florida kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Penerbangan itu dilakukan setelah Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memulihkan pesawat berkenaan untuk kembali ke perkhidmatan komersial pada bulan November. 

Pesawat itu digantung selepas sistem kawalan penerbangan automatiknya dikaitkan menjadi punca nahas penerbangan Lion Air 610 di Indonesia dan Ethiopian Airlines 302 di Ethiopia.

Juruterbang dalam kedua-dua tragedi itu berusaha untuk mengawal sistem setelah ia diaktifkan secara tidak betul sebelum terhempas. 

Sebelum penggantungan, 737 MAX pernah menjadi pesawat Boeing terlaris sebelum beberapa syarikat membatalkan dan menukar pembelian mereka. 

Syarikat Boeing memaklumkan bahawa pembatalan pesanan kini mencapai 857 untuk MAX, sejak berlakunya nahas pada Oktober 2018 dan Mac 2019.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button