Dunia

India lanjut larangan penerbangan keluar, masuk dari Britain

Varian baharu COVID-19 dikesan di Britain, cetus kebimbangan

NEW DELHI, 15 Jamadilawal 1442H, Rabu – India pada Rabu memutuskan untuk melanjutkan larangan penerbangan keluar dan masuk dari Britain seminggu lagi bermula 1 Januari, berikutan 20 kes varian baharu COVID-19 yang dikesan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu.

Menteri Penerbangan Awam Hardeep Singh Puri berkata, selepas 7 Januari, penerbangan akan dimulakan semula sepertia biasa, lapor berita Xinhua.

“Keputusan diambil untuk melanjutkan larangan sementara penerbangan keluar dan masuk dari United Kingdom sehingga 7 Januari 2021. Selepas itu perkhidmatan disambung semula dengan langkah pencegahan yang ketat, butiran lanjut mengenainya akan diumumkan dalam waktu terdekat,” tulis Puri di Twitter.

India menangguhkan sementara semua penerbangan keluar dan masuk dari Britain minggu lalu hingga akhir bulan ini. Larangan itu mula berkuat kuasa pada 23 Disember.

Varian baharu COVID-19 dikesan di Britain, mencetuskan kebimbangan dan sekatan perjalanan di kebanyakan negara di dunia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button