Berita UtamaDunia

25 terbunuh, 13 cedera serangan sasar bas di Syria

Serangan didakwa dilakukan oleh kumpulan pengganas Daesh

DAMSYIK, 16 Jamadilawal 1442H, Khamis – Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam serangan pengganas di wilayah timur Syria, Dayr al-Zawr.

Agensi berita rasmi Syria, SANA, melaporkan bahawa serangan itu menyasarkan sebuah bas di jalan raya utama di Dayr al-Zawr, semalam.

Menurut laporan agensi itu, seramai 13 orang turut cedera dalam serangan itu.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria mendakwa bahawa serangan berkenaan dilakukan oleh kumpulan pengganas Daesh.

Sementara itu, kumpulan pro-pembangkang mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 30 tentera Syria terbunuh dalam serangan bas.

Syria telah dicengkam oleh militan yang disokong kuasa asing sejak Mac 2011. Kerajaan Syria mengatakan bahawa rejim Israel dan sekutu Barat dan serantaunya membantu kumpulan pengganas Takfiri yang menyerang negara itu.

Pasukan pemerintah Syria telah merebut kembali banyak kawasan yang pernah dikendalikan oleh kumpulan pengganas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button