Berita UtamaDunia

26 maut letupan di lapangan terbang Aden

'Kelihatan objek seperti peluru berpandu terbang ke arah bangunan terminal'

ADEN, 16 Jamadilawal 1442H, Khamis – Sekurang-kurangnya 26 individu maut apabila sebuah letupan menggegarkan lapangan terbang Aden semalam, sejurus selepas anggota kerajaan baharu mendarat.

Dalam kejadian sama, lebih 50 mangsa cedera meskipun semua menteri kerajaan dilaporkan selamat.

Bagaimanapun, jumlah kematian dikhuatiri terus meningkat.

Menurut Doktor Tanpa Sempadan, mereka sedang bersiap sedia melancarkan ‘pelan tindak balas perubatan kematian berskala besar’.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah berkata, seorang petugas mereka adalah antara mangsa terkorban, dua lagi tidak ditemui manakala tiga yang lain cedera.

Pada masa sama, letupan kedua berlaku ketika kepulan asap tebal dilihat menyelubungi terminal, dengan serpihan bangunan bertebaran serata tempat, serta orang ramai bertungkus lumus membantu mangsa tercedera.

Video yang sempat dirakam memaparkan sebuah objek kelihatan seperti peluru berpandu terbang ke arah bangunan terminal yang padat pengunjung, sebelum meletup dan terbakar.

Punca sebenar letupan masi tidak dapat dipastikan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button