Berita UtamaDunia

Lebih 50,000 pelajar Palestin lulus peperiksaan sekolah menengah

Satu kejayaan walaupun berdepan COVID-19, sekatan Israel

BAITULMAQDIS, 21 Zulkaedah 1441H, Isnin – Sebanyak 77,539 pelajar menduduki peperiksaan sekolah menengah di Palestin tahun ini, dengan 55,302 lulus dalam peperiksaan.

Kementerian Pendidikan berkata, kadar kejayaan peperiksaan itu adalah sebanyak 72 peratus.

Ini berlaku dalam keadaan luar biasa yang disebabkan oleh wabak coronavirus.

Walaupun diuji dengan pandemik itu, kementerian mengatakan, ujian diadakan serentak di Baitulmaqdis, Tebing Barat yang dijajah dan Semenanjung Gaza yang dikepung.

Mengadakan peperiksaan di Baitulmaqdis adalah satu kejayaan, kata kementerian itu, kerana sekatan yang dikenakan oleh penjajahan rejim Israel di kota yang diduduki.

Penduduk bandar sebelumnya menyokong usaha kementerian untuk memastikan peperiksaan dapat diadakan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button