Berita UtamaDunia

COVID-19: China luluskan vaksin Sinopharm

79.34 peratus berkesan cegah jangkitan virus ke atas manusia

BEIJING, 16 Jamadilawal 1442H, Khamis – China hari ini meluluskan vaksin COVID-19 oleh gergasi farmaseutikal Sinopharm, dengan dos pertama diberikan kepada orang ramai.

Langkah itu sebagai persediaan menghadapi peningkatan risiko akibat musim sejuk.

Tiada data keberkesanan vaksin didedahkan namun pembangunnya, Institut Produk Biologi Beijing – unit anak syarikat Sinopharm Kumpulan Biotek Nasional China (CNBG) berkata, vaksin itu 79.34 peratus berkesan dalam mencegah jangkitan virus ke atas manusia.

Kelulusan itu – yang diumumkan oleh Pentadbiran Produk Perubatan Negara – diberikan selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan ini menjadi negara pertama memberikan vaksin kepada orang ramai dan ketika Pakistan mengumumkan perjanjian pembelian 1.2 juta dos dengan Sinopharm.

Ketika China agak lambat meluluskan vaksin COVID-19 berbanding negara lain, negara itu sudah memberi tiga suntikan berbeza ke atas rakyatnya selama berbulan-bulan.

China melancarkan kegunaan kecemasan pada Julai, disasarkan kepada pekerja sektor penting serta golongan berisiko tinggi dan sehingga akhir November, sudah memberikan 1.5 juta dos menggunakan sekurang-kurangnya tiga produk berbeza, dua dibangunkan CNBG dan satu oleh Sinopharm.

Kadar keberkesanan suntikan Sinopharm mencecah lebih 90 peratus berbanding vaksin dikeluarkan pesaing mereka, Pfizer Inc dan BioNTech serta Moderna Inc, sekali gus menunjukkan kemajuan yang dicapai China dalam membangunkan vaksin COVID-19 yang berkesan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button