Berita UtamaDunia

Meski ditawar AS$2 bilion, Indonesia tak akan iktiraf Israel

Normalisasi terbaru dorong Zionis langgar hak Palestin

JAKARTA, 16 Jamadilawal 1442H, Khamis – Meskipun ditawarkan AS$2 bilion, seorang Ahli Parlimen kanan menegaskan bahawa Indonesia tidak akan pernah menormalkan hubungan dengan negara penjajah Israel.

Ketua Badan Kerjasama Antara Parlimen di Dewan Perwakilan Indonesia, Fadli Zon berkata, AS telah memberikan banyak tekanan pada negaranya untuk menormalkan hubungan dengan Israel sebagai balasan kerana membantu negara itu membaiki keadaan ekonomi.

Ketika mesyuarat yang diadakan oleh Anggota Parlimen untuk Persatuan Baitulmaqdis, Zon berkata, keadaan perjuangan Palestin berubah dari buruk menjadi lebih teruk kerana sikap berat sebelah AS yang ‘buta’ terhadap Israel dan pengabaiannya ke atas hak-hak Palestin.

Tambahnya, AS telah memberikan tekanan pada negara-negara Arab dan Islam dalam upaya mendorong mereka untuk menormalkan hubungan dengan Israel.

Beliau menegaskan Presiden Indonesia, Menteri Luar dan Parlimen ‘jelas menentang gagasan normalisasi dengan Israel,’ memaklumkan langkah seperti itu hanya akan menguntungkan Israel sementara mengembalikan hak-hak Palestin dan keadilan antarabangsa.

Pegawai Indonesia itu turut menegaskan bahawa ‘mustahil’ negaranya menormalkan hubungan dengan Israel.

Tegasnya, Israel ‘adalah negara penjajah’ yang telah menduduki tanah Palestin, dan normalisasi hubungan dengannya ‘bertentangan dengan Perlembagaan Indonesia.’

Zon mengulangi bahawa perjanjian normalisasi terbaru ‘mendorong’ Israel untuk terus melakukan pelanggaran terhadap rakyat Palestin, dan juga meningkatkan pembangunan pendudukan.

Beliau meminta masyarakat antarabangsa untuk berdepan pembangunan pendudukan yang mencabar resolusi antarabangsa dan menjejaskan penyelesaian dua negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button