Berita Utama

Netizen hina Agong, Permaisuri gesa pelaku dikenakan tindakan

Gambar yang dimuat naik gunakan kata-kata kesat dalam bahasa Indonesia

BANGI, 16 Jamadilawal 1442H, Khamis – Tuanku Raja Permaisuri Agong menzahirkan rasa murka terhadap tindakan pihak yang menyunting serta memuat naik beberapa gambar di media sosial yang menghina wajah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Instagramnya, hari ini menggesa individu berkenaan dikenakan tindakan.

“Gara-gara orang tiada kerja, buat cari dosa sahaja.

“Kepada Allah berserah. Sila ambil tindakan,” tulis Tunku Azizah di Instagram baginda hari ini.

Sebuah akaun Instagram menggunakan nama @bukan_bangjago telah memuat naik beberapa gambar tidak menyenangkan dan menghina Al-Sultan Abdullah, dipercayai sejak November lalu.

Bahkan, lebih tidak bertanggungjawab, kapsyen pada gambar-gambar yang dimuat naiknya turut menggunakan kata-kata kesat dalam bahasa Indonesia.

Sementara itu, rata-rata netizen turut mengecam perbuatan tersebut dengan menyifatkannya sebagai biadab dan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan segera.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button