Berita UtamaDunia

Mahkamah Mesir jatuhkan hukuman mati ke atas 10 anggota Ikhwanul Muslimin

Tetap nafi sebarang kaitan dengan keganasan yang dituduh kerajaan

KAHERAH, 28 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap 10 anggota gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin atas tuduhan ‘keganasan’ terhadap pegawai keselamatan pada 2015.

Keputusan itu kini dirujuk kepada Mufti Besar, pihak berkuasa teologi tertinggi Mesir – formaliti dalam kes hukuman mati – sebelum mahkamah bermesyuarat pada 19 Jun untuk mengesahkan hukuman.

Daripada 10 anggota berkenaan, sembilan berada dalam tahanan manakala seorang dijatuhkan hukuman tanpa hadir, kata sumber kehakiman.

Mereka dituduh melakukan pelbagai insiden keganasan terhadap polis pada 2015 – tempoh yang menyaksikan peningkatan serangan yang menyasarkan pasukan keselamatan.

Bagaimana, mereka yang didakwa konsisten menafikan sebarang kaitan dengan keganasan yang dituduh kerajaan.

Identiti defendan tidak didedahkan dan tidak dapat ditentukan bagaimana mereka membuat pengakuan terhadap pertuduhan.

Mereka dituduh membentuk satu kumpulan yang dipanggil ‘Helwan Briged’, kata agensi berita negara Mena, merujuk kepada sebuah bandar di selatan Kaherah.

Mesir memenjara ribuan ahli dan penyokong Ikhwanul Muslimin sejak penggulingan Presiden Mohamed Morsi.

Morsi adalah presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi pada tahun 2012, tetapi digulingkan rejim tentera pada Julai 2013.

Morsi meninggal dunia pada usia 67 tahun, selepas rebah di dalam mahkamah ketika berdepan tuduhan mengkhianati negara. Media Mesir melaporkan beliau meninggal akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, anak lelaki Morsi menuduh Abdel Fattah el-Sisi, serta beberapa individu lain, ‘membunuh’ bapanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button