Berita Utama

Polis kesan pesakit COVID-19 lari dari hospital

Kali terakhir memakai kemeja T berwarna hijau, seluar jeans biru

TAMPIN, 16 Jamadilawal 1442H, Khamis – Polis sedang mengesan seorang pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki berusia 33 tahun yang beralamat terakhir di Petaling Jaya, Selangor itu dikesan tiada di katil hospitalnya pada 11.45 pagi.

“Kali terakhir dilihat lelaki itu memakai kemeja T gelap warna hijau dan seluar jeans warna biru. Usaha mengesan pesakit COVID-19 itu kini giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pesakit berkenaan juga bekas banduan Penjara Jelebu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh hubungi balai polis berhampiran atau Kementerian Kesihatan. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button