Berita UtamaDunia

Puluhan ribu pelarian Uyghur di Turki bimbang dihantar pulang ke China

Aktivis gesa Turki tak ratifikasi perjanjian ekstradisi dengan Beijing

ANKARA, 16 Jamadilawal 1442H, Khamis – Puluhan ribu etnik Uyghur yang berada di Turki kini bimbang sekiranya mereka dihantar kembali ke China dah dipenjarakan di kem tahanan. 

Ini berikutan, Beijing telah mengesahkan perjanjian ekstradisi dengan Turki. 

Perjanjian itu, yang pertama kali ditandatangani ketika lawatan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ke Beijing pada tahun 2017, disahkan pada hujung minggu lalu oleh Kongres Rakyat Nasional China.

Bagaimanapun, Turki belum meratifikasi perjanjian itu, justeru sebarang ekstradisi dijangka tidak akan berlaku dalam masa dekat.  

Namun, warga Uyghur kini meminta pemerintah Turki dan penggubal undang-undang untuk menghentikan perjanjian tersebut.

Uyghur, minoriti Turki yang beragama Islam, telah mencari perlindungan di Turki sejak tahun 1952, ketika pemerintah Turki menawarkan suaka kepada mereka yang melarikan diri dari wilayah Xinjiang (juga dikenal sebagai Turkestan Timur) ketika komunis China yang masih baru mengukuhkan kuasanya.

Namun, hari ini, kira-kira 50,000 pelarian Uyghur Turki kini tinggal di pinggir bandar, ketika China meningkatkan penganiayaan terhadap saudara mereka di kampung dan menyasarkan warga Uyghur di luar negara.

Hubungan baik antara Ankara dan Beijing pula meningkatkan ketakutan bahawa pelarian Uyghur boleh dihantar pulang untuk dikumpul bersama satu juta yang ditahan di kem.

Abduweli Ayup, seorang aktivis Uyghur di Turki, mengatakan kepada Middle East Eye bahawa perjanjian itu ‘tidak mengejutkan’ kerana kerjasama Turki dalam menghantar balik warga Uyghur ke China, kadang-kadang melalui negara ketiga.

Awal minggu ini, penyelidikan oleh BuzzFeed News mendedahkan sejumlah besar kilang dibina di wilayah barat Xinjiang, mendakwa menggunakan buruh paksa dan penahanan besar-besaran.

China menyangkal tuduhan itu, dan mengatakan ia berusaha untuk membebaskan rakyat Xinjiang dari kemiskinan dan meningkatkan kemakmuran melalui dasarnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button