Berita UtamaDunia

Tentang Israel, lelaki Palestin ditahan semula selepas 19 tahun dipenjara

Rejim Zionis serbu rumah Malek, halau keluarga keluar dari kediaman

BAITULMAQDIS, 16 Jamadilawal 1442H, Khamis – Pihak berkuasa Israel pada Rabu menahan semula seorang tahanan Palestin selepas beliau dibebaskan dari penjara Naqab.

Malek Bukeirat, 41, menjalani hukuman penjara selama 19 tahun selepas rumahnya di Baitulmaqdis, diserbu rejim pengganas Israel.

Malek ditahan semula ketika beliau menjejakkan kaki ke luar penjara Naqab sebelum dibawa ke Kompleks Rusia, Maskoubiya, sebuah pusat integrasi di Baitulmaqdis Barat.

Menurut keluarganya, mereka tidak dibenarkan menyentuh apatah lagi berjabat tangan dengan Malek di penjara.

Sebelum ini, Israel menyerbu rumah Malek di Sur Baher dekat Baitulmaqdis Timur yang diduduki, sebelum mengusir keluarganya daripada kediaman.

Beliau ditahan pada 31 Disember 2001 atas dakwaan kononnya menentang penjajahan.

Ayah beliau, Najeh Bukeirat yang juga timbalan pengarah Jabatan Wakaf di Baitulmaqdis pada bulan lalu turut dilarang daripada memasuki Masjid Al-Aqsa oleh Israel selama enam bulan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button