Dunia

10.4 juta kanak-kanak wilayah Afrika diambang kebuluran pada 2021

Konflik bersenjata, perang punca kes kekurangan zat makanan meningkat

GENEVA, 17 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Dianggarkan 10.4 juta kanak-kanak di Republik Demokratik Kongo (DRC), Sudan Selatan, Nigeria, Sahel Tengah dan Yaman menderita akibat kekurangan zat makanan pada tahun 2021. 

Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata, negara dan wilayah berkenaan mengalami krisis kemanusiaan yang mengerikan, apatah lagi dalam keadaan pandemik COVID-19. 

UNICEF berkata, dianggarkan 7.3 juta orang – 60 peratus daripada populasi Sudan Selatan – akan menghadapi kekurangan makanan yang teruk pada tahun 2021, di mana tidak termasuk 1.4 juta kanak-kanak di negara itu. 

“Bagi negara yang tidak terjejas bencana dan perubahan iklim, COVID-19 mengubah krisis makanan menjadi konflik yang bakal berlaku.

“Keluarga yang berjuang memberi makan kepada anak-anak dan diri mereka kini berada di ambang kebuluran. Kita tidak boleh terlepas pandang keperitan mereka,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Henriette Fore. 

Katanya, konflik bersenjata dan perperangan berterusan di Afrika serta Yaman menyebabkan peningkatan kes kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak – ekoran akses terhad kepada sumber, air bersih, pembasmi kuman, penjagaan kesihatan dan kebersihan. 

Malah, banjir di beberapa kawasan pada tahun 2020 memburukkan lagi tahap kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button