Dunia

25 tahun beroperasi, Palestin Airlines bakal hentikan perkhidmatan

Tawar jual 2 pesawat Fokker 50 disumbang Belanda pada September

RAMALLAH, 17 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Palestin Airlines akan menghentikan perkhidmatan syarikat penerbangannya setelah 25 tahun beroperasi, menurut Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi. 

Difahamkan, syarikat penerbangan itu menawarkan dua pesawat Fokker 50, yang disumbangkan oleh Belanda untuk dijual pada bulan September. 

Ditubuhkan pada tahun 1995, syarikat itu beroperasi pada tahun 1997 – dengan penerbangan ke Timur Tengah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat di Semenanjung Gaza. 

Malangnya, lapangan terbang berkenaan telah dimusnahkan oleh rejim pengganas Israel pada tahun 2001 ketika peristiwa Intifada Kedua. 

Jurucakap kementerian, Ammar Yassin berkata, Pihak Berkuasa Palestin (PA) belum menerima tawaran untuk pesawat yang diparkir di Amman, sementara di Kaherah telah disewa kepada sebuah syarikat penerbangan di Nigeria. 

Namun, Yassin memaklumkan bahawa kontrak itu ditangguh ekoran kesan daripada pandemik COVID-19. 

Palestin Airlines mempunyai lapan kakitangan, dua juruterbang, tiga kakitangan pentadbiran dan tiga lagi kakitangan di lapangan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button