Artikel Khas

Gaza akan tundukkan keangkuhan AS

Amerika tak pernah menang dalam perang, hanya dalam filem

AMERIKA SYARIKAT tak pernah menang dalam mana mana peperangan. USA hanya menang dalam filem.

Taufan Al-Aqsa telah menjadikan satu titik tepat perpisahan antara hak dan batil. Kebatilan dunia Barat dalam semua peradaban mereka. Kemarahan USA kepada rakyat Palestin terutamanya HAMAS telah menzahirkan kegilaan pemimpin mereka. Peperangan sekarang adalah peperangan antara USA dan sekutunya dengan HAMAS.

Sudah banyak kali USA terlibat dalam peperangan, antaranya peperangan di Afghanistan, Indo China, Teluk dan sekarang di Gaza. Sebenarnya USA tak pernah menang.

USA cuba membentuk pakatan dengan beberapa buah negara dunia Timur dan Barat hanya ingin berdepan tentera Yaman yang jauh beza dengan kekuatan yang dimilikinya.

Ini menunjukkan bahawa USA sebenarnya lemah, terpaksa membuat pakatan untuk menentang Yaman. Kekentalan tentera Yaman yang tidak gentar dengan pelbagai ugutan, mudah-mudahan kali ini USA akan kalah dan tersungkur untuk selama- lamanya.

Pemimpin mereka akan dikutuk oleh rakyat mereka sendiri kerana terlibat dengan jenayah yang amat keji di bumi Gaza di luar batas kemanusiaan.

Mereka hanya menang dalam filem seperti Combat, Rainbow dan lain- lain. InsyaAllah kali ini, titik terakhir untuk USA akan kalah teruk di bumi Gaza.

Tanda-tanda sudah kelihatan kekalahan mereka. Teknologi senjata yang tinggi dapat dikalahkan oleh mujahidin dalam jarak sifar. Mudah mudahan Gaza akan menundukkan keangkuhan USA dan Barat dimata dunia untuk selama- lamanya.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan
Penasihat Hubungan Antarabangsa ISMA

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button