Berita UtamaDunia

Hamas kutuk gesaan Duta AS tingkatkan pembangunan pendudukan haram

Friedman dituduh dorong timbulkan lebih banyak kekacauan

GAZA, 17 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengutuk kenyataan dikeluarkan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Israel, David Friedman yang meminta Tel Aviv ‘meningkatkan pembangunan pendudukan’.

Isnin lepas, TV7 Israel News melaporkan Friedman meminta negara haram – ketika melawat keluarga seorang peneroka Yahudi yang ditemui mati di Jenin 11 hari yang lalu – untuk mempercepatkan langkah pembangunan pendudukan di Tebing Barat sebagai tindak balas atas pembunuhannya.

Esther Horgen terbunuh pada 20 Disember, berhampiran penempatan Tal Menashe, di utara Tebing Barat.

Anggota Pejabat Perhubungan Antarabangsa Hamas, Basem Naim dalam satu kenyataan semalam menegaskan bahawa Friedman ‘mengesahkan pendekatan AS yang menyokong musuh Zionis terhadap rakyat Palestin.’

“Friedman adalah duta negara yang kuat, yang mana mengharuskan beliau mematuhi undang-undang antarabangsa dan menolak pendudukan kerana ia merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa,” katanya.

Naim menuduh duta AS ‘mendorong ke arah menimbulkan lebih banyak kekacauan dan ketidakstabilan, dan menguatkan ‘law of the jungle’.

Sebelum ini, gerakan hak asasi manusia Israel, Peace Now mengesahkan bahawa kegiatan pendudukan di wilayah Palestin yang dijajah meningkat dua kali pada era Presiden AS, Donald Trump.

Data yang dikeluarkan oleh pertubuhan itu menunjukkan terdapat 661,000 peneroka Israel, 132 penempatan besar dan 124 pos penempatan rawak (tidak diberi kuasa oleh kerajaan Israel) di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, pada akhir November. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button