Dunia

Israel mengaku serang 300 sasaran di Gaza, 50 di Syria pada 2020

Dakwa 176 roket, mortar dilancarkan dari Semenanjung Gaza

BAITULMAQDIS, 17 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Tentera pengganas Israel pada Khamis mengaku telah menyerang 300 sasaran di Semenanjung Gaza dan 50 kawasan lain di Syria pada tahun 2020. 

“Data tahun 2020 mendapati kira-kira 300 sasaran diserbu di Semenanjung Gaza dan pasukan itu menggagalkan 38 percubaan untuk menyusup melalui pagar keamanan dengan Gaza.

“176 roket dan mortar dilancarkan dari Gaza, 90 peratus daripadanya mendarat di kawasan kosong kerana sistem Iron Dome memintas 80 peluru dan roket yang menyasarkan tempat awam,” kata rejim Israel dalam kenyataan, semalam.

Rejim mendakwa, terdapat 10 cubaan untuk menyusup melalui pagar keamanan dan 50 serangan dilakukan terhadap sasaran di Syria (sempadan dengan Lubnan), selain 20 operasi khusus. 

Tentera Israel turut mengaku menggagalkan dua percubaan Hizbullah untuk menjalankan operasi di sempadan Lubnan, serta menganggu operasi lain di sempadan Syria.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button