Berita Utama

Iktiraf UEC bukan keutamaan sekarang

'Apa-apa berkait dengan manifesto kita akan lihat semula'

PUTRAJAYA, 20 Jamadilawal 1444H, Khamis – Usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bukan menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini.

Kementerian itu sebaliknya akan memberi tumpuan utama kepada usaha dan menangani cabaran ekonomi serta kos sara hidup dihadapi rakyat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, apa-apa isu terkait rapat termasuk yang dibangkitkan sekarang seperti UEC akan dilihat dari semasa ke semasa.

“Apa-apa berkait dengan manifesto juga kita akan lihat semula kerana sekarang kita berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita tidak lagi bercakap mengenai manisfesto Pakatan Harapan (PH) semata-mata,” katanya seperti dipetik media tempatan.

Sebelum ini, Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH, dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf.

Dong Zong juga memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional berikutan ia membabitkan isu akademik.

Bahkan, pihak pertubuhan pendidikan Cina itu dilaporkan sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC, selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan berkenaan.

Pautan berkaitan;

Siapa gatal mulut mahu iktiraf UEC kalau bukan PH?

UEC ancam kedaulatan negara


https://ismaweb.net/2022/11/30/desakan-iktiraf-uec-petanda-buruk-masa-depan-pendidikan-negara/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button