Berita Utama

RON97, RON95 naik 4 sen

Harga runcit diesel naik 3 sen berkuat kuasa tengah malam ini

BANGI, 17 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik empat sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan turut mengumumkan kenaikan harga runcit diesel sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM1.98 seliter kepada RM2.01 seliter.

Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 2 Januari sehingga 8 Januari itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga runcit RON97 naik empat seliter iaitu daripada RM2.10 kepada RM2.14 seliter,.

“Manakala RON95 naik daripada RM1.80 kepada RM1.84 seliter,” katanya.

Kementerian itu berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button