Berita Utama

Kes kebun haram: Kenapa ‘double standard’? Maruah Melayu sedang dipijak

Veteran tentera dipenjara, didenda teroka tanah sekangkang kera

KUANTAN, 23 Rabiulakhir 1442H, Rabu – Seolah-olah wujud ‘double standard’ dalam kes pencerobohan tanah milik kerajaan membabitkan pekebun haram di Raub, Pahang.

Walaupun sekitar 4,400 hektar tanah diceroboh bagi tujuan penanaman durian Musang King, namun sehingga kini masih tiada tindakan dikenakan ke atas pekebun haram berkenaan.

Sedangkan, kes seorang veteran tentera di Taiping yang menceroboh tanah ‘sekangkang kera’ sudah pun dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM50,000.

Tetapi, kenapa dalam kes membabitkan pekebun di Raub ada ‘double standard?, soal Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Persoalan itu ditimbulkan susulan terkejut dan kecewa dengan penangguhan keputusan permohonan pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan 111 pekebun haram durian Raub hari ini.

“Perkembangan ini agak mengejutkan dan mengecewakan apabila pihak defendan mengemukakan afidavit baru, sedangkan semua penghujahan telah selesai dan ditutup pada perbicaraan terdahulu.

“Kenapa ada ‘double standard’? Sedangkan veteran tentera ialah perwira yang telah menyerahkan jiwa raga mempertahankan negara dari anasir luar.

“Kini, ada anasir dalam negara sedang menjarah tanah kita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuantan menangguhkan keputusan permohonan pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan pekebun haram durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka pada 23 Disember ini.

Penangguhan diputuskan oleh Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz bagi memberi laluan kepada kedua-dua pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Noor Fadzila Ishak dan plaintif yang diwakili peguam, Siew Choon Jern dan Brendan Siva.

Keputusan itu bagi menyelesaikan pengurusan kes bersabit afidavit baharu yang dikemukakan plaintif pada minggu lepas.

Kecewa dengan penangguhan itu, Pemuda ISMA menggesa orang Melayu dan Bumiputera supaya bangkit mempertahankan isu ini.

“Maruah kita sedang dibuli dan dipijak-pijak,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button