Berita Utama

Amaran cuaca buruk di 5 negeri

Hujan lebat dijangka berlaku di seluruh negeri Kelantan, Terengganu

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di empat negeri Semenanjung dan beberapa kawasan di Sabah sehingga hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan awal pagi Sabtu memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Johor pula melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku di seluruh negeri Kelantan, Terengganu dan daerah Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat turut diramal berlaku di Pahang (Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) dan Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button