Berita UtamaDunia

Gempa bumi landa New Zealand

Gegaran kuat berlarutan beberapa saat di ibu kota

WELLINGTON, 24 Rejab 1444H, Rabu – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda New Zealand berhampiran Wellington, hari ini pada kedalaman 48 km (30 batu), kata pemantau seismik kerajaan Geonet.

Pusat gempa bumi berada 50 km dari bandar Paraparaumu, menurut Geonet.

Seorang saksi Reuters merasakan gegaran kuat yang berlarutan beberapa saat di ibu kota Wellington.

New Zealand terletak di ‘Lingkaran Api’ yang aktif secara seismik, lengkok gunung berapi sepanjang 40,000 km dan parit lautan yang melingkari sebahagian besar Lautan Pasifik.

Ini berlaku selepas Taufan Gabrielle menyebabkan kerosakan besar di seluruh Pulau Utara minggu ini. 

Tragedi itu menyebabkan 4 orang maut, lebih 10,000 orang kehilangan tempat tinggal dan kerosakan yang meluas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button