Berita UtamaIstimewa

Jangan melampau! Sudahlah ceroboh tanah, berani pula lawan kerajaan dan keputusan mahkamah

Pihak berkuasa perlu lebih komited rampas kembali tanah diceroboh

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 18 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Sudahlah memalukan kerajaan Pahang dengan semakan kehakiman, kini penceroboh tanah bertindak melampau membuat laporan polis berkenaan notis oleh Pejabat Tanah Raub dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP).

Penceroboh tanah kerajaan negeri dilaporkan meminta pihak polis menghentikan segala bentuk penguatkuasaan seperti mendirikan sekatan jalan keluar masuk ke kawasan tersebut dan pengusiran.

Mereka mengatakan bahawa pihak Pejabat Tanah Raub dan PKPP tidak berhak untuk menghalang pekebun-pekebun keluar masuk bagi mengusahakan ladang mereka sebagai nafkah kehidupan.

“Memandangkan kes hak milik tanah berada di peringkat mahkamah rayuan, pihak mahkamah juga belum menentukan kelayakan pekebun mengusahakan tanah.

“Oleh demikian, pihak Pejabat Tanah Raub dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) tidak harus mengambil tindakan sesuka hati,” kata Save Musang King Alliance (SAMKA).

Membidas tindakan itu, Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat menegaskan, tiada sebab penceroboh mahu membuat laporan polis berikutan mahkamah pada 23 Disember lalu sudah mengeluarkan keputusan tegas.

Katanya, jika penceroboh tanah boleh membuat laporan polis, maka ribuan laporan polis juga boleh dibuat oleh rakyat peribumi Melayu Islam, NGO-NGO Islam, veteran ATM dan pihak berkuasa.

“Penceroboh tanah dah memalukan kerajaan melalui semakan kehakiman yang dibuat 28 Ogos 2020 dan berjaya menyekat perintah pengosongan tanah hingga 23 Disember 2020.

“Ini sudah melampau, dah ceroboh tanah berani lawan pihak kerajaan pulak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ramai lagi rakyat peribumi Melayu yang disisihkan dan tidak diberi layanan yang sepatutnya berkaitan isu ceroboh tanah ini termasuk veteran ATM, PDRM dan lain-lain.

Sedangkan baginya, mereka lebih berhak dilayan dengan lebih baik kerana terbukti jasa mereka mempertahankan tanah di Raub dari musuh komunis dengan darah dan nyawa.

“Justeru, kerajaan negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan diminta terus komited merampas kembali tanah yang diceroboh dan diberikan peluang kepada kaum peribumi Melayu yang berhak untuk mengusahakannya.

“Pihak berkuasa hendaklah berani membuat pendakwaan kepada penceroboh kerana melakukan pencerobohan tanah, ingkar atau melawan arahan kerajaan.

“Jangan beri peluang lagi dalam menegakkan undang-undang sesuai dengan peringatan hakim di Mahkamah Tinggi agar pihak berkuasa jangan cuai lagi dan kena berani bertindak tegas dalam menjaga tanah kerajaan dari diceroboh,” katanya,

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button