Berita UtamaDunia

Kazakhstan hapus hukuman mati

Presiden tandatangan dokumen berkaitan hukuman di Parlimen

NUR-SULTAN, 18 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Kazakhstan memutuskan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori, tulis sebuah notis di laman web Presiden hari ini.

Pengumuman itu sekali gus menjadikan pembekuan hukuman mati selama hampir dua dekad di negara Asia Tengah itu.

Dalam notis sama, Presiden Kassym-Jomart Tokayev telah menandatangani suatu dokumen pengesahan berkaitan Protokol Pilihan Kedua dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik di Parlimen.

Dokumen berkenaan mengandungi pemansuhan hukuman mati.

Pelaksanaan hukuman mati itu ditangguhkan di Kazakhstan dari tahun 2003, namun mahkamah tetap meneruskan hukuman itu ke atas tahanan penjara, termasuk mereka yang terbabit jenayah keganasan.

Sebelum ini, seorang lelaki bersenjata, Ruslan Kulekbayev didapati membunuh lapan anggota polis dan dua orang awam ketika kejadian amukan di bandar Almaty pada 2016.

Ruslan adalah antara banduan yang bakal dihukum mati sekiranya hukuman mati tidak dimansuhkan.

Dia kini menjalani hukuman penjara seumur hidup. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button