Dunia

Kes di UAE naik mendadak, 1,856 jangkitan direkodkan

Tambah ujian saringan untuk bolehkan rawatan segera diberikan

DUBAI, 18 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Kes pandemik COVID-19 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) naik mendadak apabila 1,856 jangkitan baharu direkodkan semalam.

Jumlah kes berkenaan adalah yang tertinggi sejak Oktober lalu dengan dua kematian dicatatkan.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan sejak wabak bermula sudah mencecah 209,678 kes dan 671 kes kematian.

Pegawai Kementerian Kesihatan dan Pencegahan (MoHAP) mengesahkan, pihaknya sudah menjalankan 145,163 ujian saringan baharu.

Serentak itu, MoHAP akan terus mempertingkatkan ujian saringan di seluruh negara bagi memastikan pengesanan awal kes sekali gus membolehkan rawatan diberikan segera.

UAE dengan populasi sekitar 9.9 juta orang kini menyaksikan jumlah kes baharu meningkat setiap hari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button