Norma baharu tak patut halang cipta kejayaan sendiri
Banyakkan berdoa dan menelaah kitabNya

1. KITA akan terus hidup bersama COVID-19 tahun ini.
Oleh itu, ketatkan disiplin dan Standard Prosedur Operasi (SOP) untuk kita sama-sama menang.
2. Persiapkan minda dan keluarga. Ada pakar menjangkakan tahun ini akan lebih mencabar berbanding 2020 dari segi pendemik dan ekonomi.
3. Bersedia untuk menguasai kemahiran baharu. Cipta budaya kerja pejabat baharu atau mungkin juga kerjaya baharu.
4. Semua norma baharu ini tidak sepatutnya menghalang kita mencipta kejayaan tersendiri.
Sentiasa pasakkan dalam minda bahawa pasti ada hikmah yang jauh tersembunyi akibat fenomena ini.
5. Selongkar dan gali hikmah tersebut. Ketika syarikat teknologi dan digital mengaut keuntungan berjuta, tidak ada langsungkah peluang bagi kita yang tersisa?
6. Tanam dan jayakan azam tahun 2021 yang lebih besar dan mencabar. Jangan kalah dengan realiti. Jangan lelah sebelum berlari
7. Simpan dan berjimat untuk masa depan. Hidup sederhana. Berpada dengan apa yang ada. Jika tiada keperluan mendesak, jangan membuat pembelian aset yang besar seperti kereta dan rumah buat sementara waktu.
8. Fokus masa berkualiti dengan anak-anak, terutama bagi yang bekerja dari rumah.
Bantu dan berikan tumpuan kepada pembinaan sahsiah dan pelajaran mereka. Tampung kekurangan kelas maya.
9. Makan dan jalani kehidupan secara sihat. Amalkan senaman secara konsisten dan kompetitif. Badan adalah amanah dan aset paling berharga
10. Semua perkara di atas hanya mampu dijayakan dengan izin Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Banyakkan doa, zikir dan menelaah kitab-Nya. Menangis di awal pagi. Yakinkah Dia pasti akan bagi!
Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA